badakpelangi's

7.5.14

The Perfect Guy (Bab 4)


                “Ya Allah! Macam mana aku boleh terlewat bangun ni?” Mengelupur Delilah bangun apabila matanya terlihatkan jarum pendek jam berwarna hijau yang tergantung di dinding biliknya sudah menunjukkan angka 9, tanpa membuang masa, dia terus berlari menuju ke bilik air yang terletak di sudut kanan biliknya namun malang tidak berbau, dia terpijak gumpalan baju miliknya yang terletak elok di atas lantai; mengakibatkannya jatuh tersembam ke atas lantai.
               
               “Adoi! Apalah malang sangat nasib aku pagi ni..” Delilah merungut sambil mengusap-ngusap batang hidungnya yang sudah kemerah-merahan akibat tersembam ke atas lantai. Perlahan-lahan dia bangkit dan menuju ke bilik air memandangkan dia sudah terlewat ke tempat kerja.
                
          *
                
                  Delilah memecut laju Land Rover Defender kesayangannya yang sudah 3 minggu keluar dari bengkel akibat dilanggar lelaki tak guna yang tidak mahu mengaku salah sebulan yang lalu dan tidak sampai 20 minit memandu, dia akhirnya selamat tiba di perkarangan wisma Rasyid  yang terletak kira-kira 24 kilometer dari rumahnya. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari keretanya, telefon bimbitnya mula ‘menyanyikan’ lagu Human dendangan Christina Perri meminta Delilah menerima panggilan itu. ‘Huh, nombor siapa ni?’ Delilah ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu namun belum sempat dia mengangkat panggilan itu, penelefon asing itu sudah mematikan panggilan. ‘Hmm, biarlah.. Mungkin dia tersalah call kot.’ Ucapnya sendirian. Kakinya terus dihalakan ke pintu masuk wisma setinggi 20 tingkat itu. “Hmm, matilah aku hari ni, tak pernah-pernah lambat sebelum ni, tiba-tiba hari ni pulak lambat masuk pejabat. Minta-minta bos takde hari ni. Aamiin.” Gumamnya sendirian.
                
                  Tanpa membuang masa, dia terus memboloskan dirinya ke dalam lif memandangkan pintu lif itu sudah terbuka tanpa sempat dia menekan butang lif yang terdapat di tepi lif itu. Delilah mengukirkan senyuman buat beberapa orang pekerja yang terdapat di dalam lif itu sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke dalam ruangan tersebut. Dia kemudiannya menekan butang bernombor 13 memandangkan pejabatnya terletak di tingkat itu.
         
                 “Selamat pagi, Cik Amalin! Awal giler cik datang hari ini?” Ucap Humairah, salah seorang arkitek di syarikat Rashid Architect Sdn. Bhd. yang juga merangkap kawan baiknya sejak dari sekolah menengah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke bilik yang dikhaskan untuknya. “Awal sangat ke? Aku ingat aku dah terlambat? Awal lagi rupanya.. Sejak bila Datuk Syamil tukar waktu pejabat ni?” Balas Delilah sambil melihat waktu di jam tangannya. Sengaja dia berbuat demikian untuk mengenakan kawan baiknya itu.
         
                “Hoi! Awat kau ni lurus sangat? Aku perli kau lah, cik Amalin oi.”Humairah membalas sambil mencekak pinggang rampingnya. “Haa, asal kau lambat masuk office hari ni? Eh, cakap pasal Datuk Syamil kan,  tadi dia ada tanya pasal kau. Puas dia cari kau tak jumpa-jumpa, katanya nak kenalkan kau dengan bakal bos baru kita. Encik.. Encik.. Apa eh nama bos baru tu?” Humairah mula mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serius, dia lupa dengan nama lelaki yang baru sahaja memperkenalkan dirinya kepada semua orang di pejabat itu beberapa jam yang lalu.
            
              “Kau tanya aku, macamlah aku tahu, cik kak oi. ”Delilah menjegilkan matanya kepada Humairah, geram dengan sikap kawannya yang kuat pelupa itu. “Haa!! Nama bos baru kita tu, tak salah aku, Zharif. Haa, Encik Zharif. Aku tak ingat nama belakang dia apa.” Apabila terlihatkan jegilan mata Delilah, serta-merta dia teringat akan nama bos baru mereka itu. “Eh, apa kau cakap tadi? Bos baru? Maksud kau, Datuk Syamil dah jumpa pengganti untuk jawatan dia tu?” Tanya Delilah dengan muka terkejut.  “Yeap, tak salah aku dia cakap Encik Zharif tu anak saudara dia. Alah, lagipun Encik  Zharif tu kan anak pemilik wisma ni, Datuk Syahran Rasyid. Kau tahu tak, Encik Zharif tu handsome gila. Aku yang susah nak ‘cair’ ni pun, boleh ‘tercair’ jap tadi. Hihihi” Terang Humairah bersungguh-sungguh.
               
              “Ooo.. Ye ke? Tak tanya pun! Adoi! Sakitlah wei..” Jerit Delilah apabila tangan Humairah hinggap di bahunya. ‘Fuih, mau patah tulang bahu aku’ bisik Delilah di dalam hati. “Haa, tulah kau. Aku bersungguh-sungguh bercerita, kau buat layan tak layan je.  Ahh, kau tahu tak, mata dia tu sangat-sangat attractive kot. Jap, aku nak cair jap.” Humairah mula membuat muka terpesonanya sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya.
              
                “Hmm, kau nak cair, pergi masuk bilik kau. Aku ada banyak kerja nak buat ni. Ada drawing yang aku nak kena submit sebelum pukul 4 petang ni.” Balas Delilah sambil menghidupkan iMac yang terletak di atas meja kerjanya. Serentak dengan itu, dia mengeluarkan kertas draf berwarna biru yang dilipat kemas dalam beg kerjanya. ‘Maira ni, kalau dah jumpa lelaki handsome, mula lah nak ‘bercair-cair’. Susah nak ‘cair’ konon. Hak tuih! Hmm, yang kau ni pulak doklah cakap pasal orang, diri sendiri pun 2X5 je dengan Maira tu. Hahaha’ Gelak Delilah sendirian di dalam hati. Memang tidak dinafikan, dia dengan Humairah mempunyai banyak persamaan. Contohnya, apabila mereka keluar bersama-sama, sekiranya terjumpa dengan mana-mana lelaki yang mempunyai rupa paras rupa yang ‘kachak’ atau bahasa yang lebih sedap, handsome, pasti tidak berkelip mata mereka berdua memandang lelaki itu.Itulah hobi mereka berdua yang sudah sebati dengan diri mereka sejak dari zaman universiti. Hesh, zina mata betul!
            
               “Hesh, kau ni potong stim ah. Jom lah join sama ‘bercair-cairan’ dengan aku. Hahaha” Balas Humairah yang masih tidak habis-habis lagi menyakat Delilah.  “Hmm yelah, yelah.. Ok, kau cerita kat aku, muka dia macam mana? Badan dia? Tough tak? Ada muscles berketak-ketak tak?” Delilah yang pada mulanya mendengar sambil lewa mula menunjukkan belangnya.
             
              “Aip, tadi kata tak berminat.. Hahaha” Humairah memulangkan buah paku kerasnya kepada Delilah. “Hmm, ok ok.. Aku nak cerita ni, kau dengar betul-betul tau. Muka dia....” Humairah mula menjelaskan ciri-ciri ke’handsome’man lelaki yang bernama Zharif itu kepada Delilah. Lupa mereka akan kerja yang berlambak-lambak menanti mereka berdua.

*
             
              TOK!TOK! Delilah yang sedang leka membuat kerjanya berasa terganggu. ‘Siapa pulak yang kacau lagi ni. Dahlah aku nak kena submit drawing ni kejap lagi. Sempat ke? Maira lah ni, pergi cerita pasal bos baru tu buat apa.’ Getus Delilah di dalam hati. Geram dengan dirinya yang leka berborak dengan Humairah sampai berjam-jam lamanya. Habisnya, pada pukul 12:45 tengah hari baru dia tersedar bahawa ada banyak kerja yang menanti dirinya. Lupa dia akan keberadaan mereka di pejabat itu. Humairah yang leka bercerita pun terkejut apabila terpandangkan jam tangannya yang di beli di pasar malam. Kalut juga mereka dibuatnya diiring dengan perasaan bersalah kerana mencuri tulang semasa waktu bekerja.
              
               TOK!TOK! Ketukan di pintu kedengaran lagi tetapi kali ini ketukannya lebih kuat daripada yang sebelumnya. Barangkali si pengetuk sudah bosan menunggu di luar. “Ya, ya, masuk.” Delilah yang sedikit terkejut terus membenarkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu masuk.
            
              “Maaf, Cik Delilah. Saya dah ketuk banyak kali, tapi cik tak dengar, tu yang saya ketuk kuat sikit. Hehehe” Ucap Alissa, setiausahanya sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya masuk ke dalam ruangan pejabat milik Delilah.
               
             “Oh, takpe. Ada apa, Lis?” Balas Delilah pendek. Mana mungkin dia marah akan setiausahanya yang satu itu. Baginya, Alissa lah satu-satunya setiausaha yang boleh dikategorikan cekap dalam membuat kerja dan tugasan yang diberi jika dibandingkan dengan dua orang bekas setiausahanya yang lama. Sungguh, dia berasa amat bersyukur kerana dikurniakan setiausaha yang sebaik dan secekap Alissa.
             
             “Hmm Cik Delilah, Datuk Syamil nak jumpa dengan cik kat dalam pejabat beliau. Kalau boleh sekarang juga.” Alissa menyampaikan pesanan Datuk Syamil yang satu itu kepada Delilah. “Baiklah, thanks ya, Lis” Balas Delilah sambil tersenyum, menampakkan barisan giginya yang putih bersih dibalas pula dengan senyuman dan anggukan daripada Alissa sebelum dia menapak keluar dari bilik pegawai atasannya itu.
              
             Tanpa membuang masa, Delilah terus menuju ke bilik Datuk Syamil yang terletak berhadapan dengan bilik si Humairah. Setelah mendapat keizinan untuk masuk ke bilik bosnya itu, dia perlahan-lahan menapak masuk. Salam diberi sebelum bertanya akan tujuan bosnya itu memanggil dirinya.
               
            “Kot ye pun Delilah, duduklah dulu. Awak ni macam tak biasa lah pulak” Ucap Datuk Syamil mesra sebaik sahaja Delilah menghabiskan ayatnya dan setelah memastikan Delilah duduk di kerusi di hadapan mejanya itu, dia menceritakan tujuannya memanggil Delilah ke dalam biliknya.“Hmm Delilah, seperti yang awak dah sedia maklum, saya yang dah tua ni, akan pencen dalam beberapa bulan lagi dan saya rasa awak dah sedia maklum yang saya dah jumpa pengganti untuk tempat saya ni. Maira dah bagitahu awak kan?” Delilah mengangguk perlahan kepalanya sambil mendengar apa yang hendak di sampaikan oleh Datuk Syamil kepadanya.
           
          “Begini, tadi saya ada bawakan anak saudara saya, Zharif Zafuan yang bakal menggantikan tempat saya ke pejabat kita pagi tadi dan saya telah pun perkenalkan dia kepada rakan-rakan awak kat luar sana tu. Saya ingatkan nak kenalkan pekerja saya yang paling cekap ni dengan dia, tapi tepat pukul 9 tadi dia terpaksa meminta izin untuk pulang semula ke office papanya di Serdang.” Terang Datuk Syamil panjang lebar sambi memandang ke arah Delilah yang sudah dianggap seperti anaknya itu. Terdetik juga di hatinya untuk bermenantukan Delilah tapi sayangnya, dia tidak dikurniakan seorang pun anak lelaki. Ketiga-tiga anaknya semua perempuan.

‘Pukul 9? Hahaha, aku masih kat atas katil lah time tu.’ Gelak Delilah sendirian di dalam hati. “Takpe lah Datuk, mungkin bukan rezeki saya untuk berjumpa dengan Encik Zharif. Hmm Datuk, saya harap bila Datuk dah pencen nanti, kita masih boleh jumpa. Lagipun, dah lama lah jugak saya tak jumpa dengan Datin. Rindu pulak dengan lauk  lemak ketam masak cili padinya. Itu kalau makan, pergh boleh terkeluar biji mata saya ni nak tahan pedas dia tu. Hahaha” Ucap Delilah bagi menghilangkan rasa sedih yang bertandang di hatinya. Mana mungkin dia tidak sedih apabila lelaki tua yang dianggap seperti abahnya itu akan bersara tidak lama lagi.
                 
           “Amboi Delilah, ini kalau isteri saya dengar ni, mahu kembang atas bawah dibuatnya. Nanti kalau ada rezeki saya minta dia masakkan lauk tu, ok. Saya pun dah kecur liur dengar awak cakap pasal lauk lemak tu. Hahaha” Mereka berdua terus meletuskan tawanya namun sedaya upaya dikawal seperlahan yang boleh, bimbang pekerja di luar mendengar gelak tawa mereka.
                 
           “Hmm Datuk, kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Maaflah, sebenarnya saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum pukul 4 ni. Takut tak sempat pula. Maaf ya Datuk.” Ucap Delilah setelah hampir setengah jam dia berada di dalam bilik bosnya itu.
                 
           “Haa, yelah. Saya pun ada meeting dengan client kita kejap lagi ni. Nanti kalau Datin ada masak lauk lemak kegemaran awak tu, InsyaAllah saya akan ajak awak datang ke rumah. Jangan pula awak tolak, kecil hati saya nanti.” Balas Datuk Syamil mesra. ‘Ini kalau si Yah tahu, mesti dia suka.’ Ucapnya di dalam hati.
                 
           “Baiklah Datuk. Terima kasih banyak-banyak ya.” Ucap Delilah sebelum menutup pintu bilik bos kesayangannya itu. ‘Zharif Zafuan? Hmm, macam pernah dengar tapi kat mana ye?’ tanya Delilah pada dirinya sendiri sambil kakinya berjalan pantas menuju ke biliknya.




5.5.14

The Perfect Guy (Bab 3)



Matanya diliarkan ke sekelilingnya memandangkan jalan yang dilaluinya itu mempunyai selekoh yang agak tajam di sebelah kirinya. “Ok, line clear!” Baru sahaja Delilah ingin menekan pedal minyaknya, DUMM!, tiba-tiba dia merasakan bahawa keretanya bergegar bagaikan dilanggar sesuatu dan serentak dengan itu, dia mengalihkan pandangannya ke arah punca gegaran itu berlaku.

“Astaghfirullahal’azim!” Buntang matanya apabila terlihatkan kejadian yang tidak diduganya berlaku dan tanpa membuang masa dia terus keluar dari Land Rover Defender kesayangannya yang sudah kemek dihentam oleh sebuah kereta Mercedes Benz CLA-class yang dipandu oleh sebuah lelaki yang tidak dikenalinya. Dengan pantas, Delilah segera melangkah keluar dari keretanya dan berjalan ke arah pemandu yang juga baru sahaja keluar dari keretanya. “Oh shit! Hei perempuan, you ni pandai drive ke tak? Apa you tak nampak ke kereta I nak lalu tadi? Dah pakai cermin mata pun masih buta ke?” Belum sempat Delilah membuka mulutnya, pemandu yang melanggar keretanya tadi terus menghentam dirinya bagaikan hanya Delilah yang bersalah dalam hal ini.

‘Eh, kau yang langgar aku, terus nak marah-marah? Lu silap orang lah, brader.’ Getus Delilah di dalam hati. “Eh hello, saya atau encik yang tak tahu drive? Saya dah pandang kiri kanan sebelum keluar dari simpang itu ok dan saya dah pastikan bahawa tiada kereta yang akan lalu dari arah yang encik lalu tadi. Kalau encik nak tahu, saya dah lebih 3 tahun habis tamat tempoh pegang lesen P ok! Jadi encik tak ada hak nak salahkan saya.” Balas Delilah panjang lebar dengan berani sambil menunjukkan lesen memandu miliknya.

Zafuan yang sedari tadi dok ralit membelek kesan kemek pada keretanya segera memandang ke arah gadis yang baru dimarahinya sebentar tadi. “Wah bukan kemain berani lagi kau ek? Kau tak kenal ke aku ni siapa? Ini Zharif Zafuan anak Datuk Syahran Rasyid lah.” Zafuan yang rasa tercabar segera membuka kaca mata hitamnya sambil memandang tepat ke dalam sepasang mata bundar milik Delilah.‘Ya Allah, handsomenya mamat ni. Boleh cair aku dibuatnya.’ Bisik Delilah di dalam hati apabila terpandangkan sepasang mata galak milik lelaki dihadapannya itu.

‘Huh, aku dah agak dah. Mesti dia akan terpegun punya tengok aku. Dah tu, sempat lagi mengelamun kat tengah-tengah panas terik ni. Dasar perempuan betul, pantang tengok lelaki handsome macam aku ni mesti terus cair. Haih, nasib.. nasib..’ Bisik Zafuan sambil mengangkat bakul, memuji kekacakannya dan tanpa membuang masa dia terus memusingkan badannya dan berjalan terus menuju ke keretanya.

“Eh, eh.. Encik, kita tak habis bincang lagi! Encik jangan nak lari pula. Dah buat salah tu, mengaku jelah. Dasar pengecut!” Jerit Delilah berani setelah menyedari bahawa lelaki yang melanggar keretanya itu sudah melangkah masuk semula ke dalam keretanya. ‘Cis, boleh pulak kau terbuai dengan mata dia!’ bisiknya di dalam hati.

“Sorrylah miss, I’m seriously not interested to discuss more about this. Ini dah considered ok lah I tak minta you bayar ganti rugi sebab dah kemekkan kereta mahal I ni! I really have to go by now, takde maknanya I nak buang masa layan perempuan macam you ni, ok!” Balas Zafuan dengan angkuh sebelum menaikkan cermin kereta di tempat memandu dan serentak dengan itu, dia terus memecut laju, meninggalkan Delilah terkulat-kulat keseorangan di tengah panas terik. ‘Huh, padan muka. Lain kali jangan cuba berdebat dengan aku.’ Sempat lagi Zafuan menghadiahkan senyuman sinis buat Delilah melalui cermin pandang belakangnya. Namun senyumannya mati tidak lama kemudian apabila teringatkan bahagian hadapan keretanya yang sudah kemek. Kesal juga dengan sikapnya yang suka memandu melebihi had laju.

Delilah menghembus kasar nafasnya. Ingin sahaja dia menangis apabila terlihatkan kesan kemek pada bahagian hadapan keretanya ditambah pula dengan sikap kurang matang yang ditunjukkan oleh lelaki yang melanggar keretanya tadi. “Kesian kau, kan boyfie? Mesti sakit kena langgar..” Delilah berkata perlahan sambil mengusap-ngusap bahagian hadapan keretanya yang sudah kemek .Perlahan-lahan , dia berjalan menuju ke tempat memandu keretanya- berhasrat untuk memandu pulang ke rumah memandangkan dia masih belum lagi menunaikan kewajipannya sebagai seorang muslim. Dikesat air mata yang bergenang di tubir matanya sebelum menekan perlahan pedal minyak keretanya itu.


The Perfect Guy (Bab 2)



“Dammy,  kita makan kat sini ajelah boleh tak? “ Delilah menghentikan langkahnya di hadapan restoran Kenny Rogers.

“Err, takpe ke? “ Damien menyoal Delilah. ‘Minah ni biar betul, ni tengah bulan, takkan dah loaded.’ Bisiknya di dalam hati.

“Lah, apa punya soalan lah kau ni. Dah dah, jom.. Perut aku dah menyanyi lagu rock doh. Cepatlah!” Tanpa membuang masa, Delilah terus melangkah masuk, meninggalkan Damien yang masih termangu-mangu di hadapan pintu masuk restoran itu.Sengaja dipilihnya tempat yang agak terpencil bersebelahan dengan tingkap. Aip, bukan buat apa pun, cuma nak borak-borak je. No touching-touching at all ok!

“Damien, kau ok kan kalau kita makan kat sini.” Soalnya kepada Damien. ‘yelah, manalah tahu kot-kot dia tak selesa makan kat sini ke..’bisik Delilah di dalam hati.

“Eh mestilah. Aku risaukan kau aje. Tak pasal-pasal nanti pokai pulak poket kau kena belanja aku makan kat sini.” Damien membalas laju dengan berhati-hati, takut juga dia kalau-kalau Delilah terkecil hati, kang tak pasal-pasal kena pujuk pulak..

“Kau ni kan, macam aku ni sengkek sangat nak keluarkan duit untuk kau. Tahulah kau kaya, boleh makan kat sini bila –bila masa je.” Delilah mengendurkan suaranya apabila terlihatkan seorang pelayan restoran berjalan ke arah meja mereka berdua.

“Eh, aku tak bermaksud macam tu. Kau janganlah salah faham pulak. Aku...” Damien tidak jadi untuk meneruskan ayatnya apabila seorang waiter lelaki menghampiri meja mereka dengan langkah yang sengaja di’lemah-gemalaikan’ sambil tersenyum-senyum ke arahnya.

“Abang nak order apa, bang? Kat sini macam-macam ada. Abang order je, saya akan sediakan untuk abang..” ucap pelayan ‘bengkok’ itu sebaik sahaja dia tiba di meja Damien dan Delilah.

‘Ai, dia ni nak ngorat aku ke? Gaya macam ‘bengkok’ je. Err meremang bulu roma aku’ Damien pantas mengusap bulu roma di lengannya yang sudah mulai meremang sambil menahan rasa geli di dalam hatinya.

“Err, saya nak Tangy Chicken Spaghetti. Kau nak order apa, Del?”

“Hmm, saya na...” Belum sempat Delilah menghabiskan ayatnya, pelayan itu dengan pantasnya memotong percakapannya.

“Abang, abang tak order air lagi.. Dessert tak nak ke, bang?”

‘Hesh, ni buat aku naik angin ni. Suka-suki dia je tak bagi Del order.’ Getus Damien di dalam hati.

“Encik, awak tak dengar ke yang kawan saya tengah order makanan dia kat awak?” Sengaja dia menguatkan perkataan encik, huh, biar dia sedar dia tu lelaki, bukannya perempuan. Ape daa..

“Err.. Saya minta maaf.” Ucap pelayan itu.

“Takpe, lain kali jangan buat lagi.”

“Baik bang.”

“Okay, you may proceed with your order, Del.” Sekuntum senyuman yang paling manis sengaja dihadiahkannya kepada Delilah membuatkan Delilah tersipu malu.

Setelah pelayan lelaki itu beredar dari meja mereka, Delilah tiba-tiba meletuskan tawanya, membuatkan Damien berasa pelik.

“Kau ni dah kenapa, Del? Tiba-tiba je gelak. Takut aku, wuu..” Delilah pantas menghabiskan sisa tawanya.“Kau patut tengok muka kau tadi. Kelakar doh.” Damien menjadi semakin pelik setelah mendengar kata Delilah.

“Hahaha, ya ke? ”

“Yelah, kalau tak takkan lah aku boleh nak tergelak macam ni. You know what, Dammy? Kau kawan lama yang paling best yang pernah aku kenal ooo.” Delilah memandang Damien dengan mata yang bersinar. ‘haa, comel tak? Mesti kalah ‘Puss in the boots’ dalam cerita Shrek tu. Hahaha.’ Dia tergelak sendirian di dalam hati.

‘kawan lama? Jadi selama ini, Delilah hanya anggap aku sebagai kawan saja?’ Damien sedikit tersentak apabila mendengar perkataan ‘kawan lama’ yang keluar dari mulut gadis kesayangan di hadapannya.

“Dammy.. Ooo Dammy!” Delilah Delambai-lambaikan tangannya di hadapan Damien apabila lelaki itu tiba-tiba terdiam. “Kau ok tak ni? Asyik termenung je dari tadi. Ingat makwe eh..”

“Makwe? Hahaha siapalah yang nakkan aku ni, dahlah tak handsome.”

“Puih, nak muntah aku dengar. Nak suruh aku puji lah tu kan? Ayat tu dah lapuk lah bro”

“Taklah, mana ada. Hmm, Del, kau sekarang buat apa je?” Damien berbasi-basa sekadar untuk menutup rasa gusar yang bertandang di hatinya sejak pertama kali pandangan matanya menyapa wajah gadis yang dirinduinya setelah 8 tahun terpisah.

“Aku? Hmm, kerja biasa-biasa aja. Kat Rashid Architect Sdn. Bhd. aje.” Delilah menjawab soalan Damien sambil tersenyum bangga. Hoi, mestilah bangga. Siapa tak bangga selepas lebih 3 tahun berulit dengan buku-buku yang berkaitan dengan architecture, dia akhirnya berjaya mendapatkan Ijazah dalam bidang pembinaan.

“Ooh,beruntungnya kau kan dapat capai cita-cita kau. Aku ingat lagi, masa sekolah dulu, kau selalu cakap nak jadi arkitek. Nak bina tu, nak bina ni. Tahniah wei. Aku ni hah, kerja dengan papa aku je. Lepas balik US je, terus dia suruh aku jadi hamba abdi kat syarikat dia tu.”

“Hamba abdi konon, wei Dammy, kau cakap dengan aku, ada tak hamba abdi yang kat dunia ni mampu nak beli kereta Audi macam kau punya tu? Cakap sikit, aku nak juga merasa jadi hamba abdi ni, boleh beli kereta mahal, gaji mahal tiap-tiap bulan. Fuh, kalau aku jadi kau, memang aku shopping hari-hari ooo” Delilah mula memasang angan-angan sesudah menghabiskan ayatnya.

“Hmm, kalau dah namanya perempuan, hobi dia shopping je lah kan.” Balas Damien sambil menelek wajah gadis pujaannya itu.

Delilah Amalin, sebaris nama yang tak mampu dia hapuskan dari kotak memorinya. Buktinya, selama 8 tahun terpisah, tidur malamnya sering ditemani dengan bayangan ‘Minah Doraemon’ pujaannya itu. ‘Minah Doraemon’. Nama itu diberikan kepada Delilah oleh budak-budak nakal di sekolah mereka disebabkan oleh saiz badannya yang agak besar, ditambah pula dengan baju seragam sekolah berwarna biru yang dikhaskan untuk para pengawas, memang sebiji macam Doraemon. Cuma dia ni Doraemon yang special sebab dia langsung takde saku kat perut. Ini kalau Azlan and the gang terjumpa dengan Del, confirm terkeluar biji mata dari soket mata diorang. Buktinya, dia sendiri terkejut sebaik sahaja pandangan matanya jatuh ke wajah milik Delilah sebentar tadi.


“Hesh, tengok tu. Mengelamun lagi. Dammy, aku nak pergi basuh tangan sekejap kat sana tu.” Delilah pantas beredar dari tempat duduknya bagi menutup rasa tidak selesa yang hadir dalam dirinya apabila terpandangkan Damien yang sedari tadi asyik memandang ke arahnya.  ‘Takkanlah dia pandang aku, hmm mungkin dia pandang amoi cina kat belakang aku tu kot’ Delilah berkata sendirian di dalam hatinya.

 “Enjoy your meal, sir.” Ucap pelayan lelaki yang menghantar makanan ke meja mereka.“Thank you.” Damien membalas pelawaan pelayan itu sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. ‘Fuh, nasib baik bukan budak ‘bengkok’ tu yang hantar makanan ni.’ Damien menghembuskan nafas leganya.

“Hmm, manalah pulak Del ni, pergi basuh tangan ke pergi pasang paip? Baik aku makan dulu.” Damien tidak lagi menunggu memandangkan perutnya sudah memainkan lagu irama balada. Baru sahaja dia ingin menyuapkan spaghetti ke dalam mulutnya, tiba-tiba dia teringatkan sesuatu.

“Astaghfirullahal’azim, macam mana lah aku boleh lupa nak baca doa makan ni. Hesh, Dammy, Dammy, takkan kau nak makan dengan setan kot. Ape daa..” Dengan pantas dia menadah tangannya untuk membaca doa sebelum makan sebelum mengaminkannya.

“Hah? Dammy baca doa sebelum makan? Ooo, haa yelah, orang kristian pun baca doa juga sebelum makan. Haih, Del.. Del.. Apa kenalah dengan kau hari ni.” Gumam Delilah sendirian sambil kakinya melangkah ke arah meja makan mereka berdua.

“Amboi amboi amboi, makan tak tunggu aku eh. Sampai hati kau Dammy..”

“Sorrylah Del, aku dah lapar sangat ni. Kang kalau aku pengsan macam mana.”

“Banyaklah kau punya pengsan, kau bukannya ada gastrik pun.” Setahu Delilah, lelaki di hadapannya itu tidak mempunyai apa-apa penyakit. Sihat walafiat je dok.

“Hahaha, aku usik jelah, dahlah, makan tu. Kang sejuk pulak. Eh, kau nak rasa tak aku punya ni? Sedap wooo..” pelawa Damien bagi menutup gusar di hatinya.

“Eh, it’s okay. Aku dah selalu makan tu.” Balas Delilah sambil tersenyum manis ke arah Damien.

‘Bismillahirrahmanirrahim...” Tanpa membuang masa, dia pantas menyuapkan segarpu spaghetti meat bolognese ke dalam mulutnya.
            
                                                                                    *

“Thanks for your treat, Del.” Ucap Damien sebaik sahaja mereka tiba di tempat Deletak kereta.

“You too, Dammy. Murah rezeki kita berdua hari ni.” Delilah memandang ke arah Damien yang ketika itu juga sedang memandang ke arahnya dengan pandangan yang sukar untuk dia tafsirkan.

“Oh by the way kan Dammy, your bahasa has became more fluent than 8 years ago. You really took serious about my challenge, didn’t you? Ingat tak dulu, aku selalu ejek cara kau bercakap dalam bahasa Melayu dengan slang cina kau tu then till one day you didn’t want to talk to me and everything started to change. Apa-apa pun, tahniah bro. Wa salute sama lu hahaha..” Ucap Delilah bagi mengurangkan debaran di hati.

“Well Del, people change. Takkan selamanya nak berada dalam kepompong kegagalan, lagipun Bahasa Delayu kan bahasa kebangsaan kita, why not kita improve kan kefashihan kita dalam berbahasa Melayu. Tak gitu Miss Delilah?

“Err, bukan kefashihan lah Dammy.. It is K.E.F.A.S.I.H.A.N. Hmm, nampaknya kau masih belum mahir bahasa Melayu. “ Delilah memuntahkan tawanya.

“Amboi amboi amboi, bukan kemain lagi engkau gelakkan aku eh. Takpe takpe, ada ubi ada batas ada hari boleh balas. Kau tunggu je tau. Hahaha”

“Wah, Encik Damien kita dah pandai berdendam lah. Wuuu takutnya..” balas Delilah sambil membuat mimik muka hodohnya.

“ Eeeii geli aku tengok muka hodoh kau tu. You never change kan Del, ever since we started to know each other. “ Damien membalas dengan sinis bagi menyembunyikan debaran di hatinya. ‘Hodoh pebendanya. Comel siot.’ Bisiknya di dalam hati.

“Sengaja aku buat muka hodoh-hodoh. Kang buat muka lawa, kau terpikat pulak. Susah aku nanti, ramai peminat. Hahahaha..” balas Delilah bagi menutup rasa kecil hatinya. ‘Aih, dia bergurau jelah Del oi.’“Hmm, aku minta diri dululah. Dah nak dekat pukul 5:30 petang dah ni. Aku tak solat asar lagi ni. Hehehe..” sambung Delilah sambil matanya melirik ke arah jam tangan kesayangannya itu.

“Hmm, oklah kalau macam tu but before that, do you mind to give me your phone number? Boleh selalu keep in touch. Kau kalau bosan-bosan, just give me a call or a message and within a minute i’ll try the best of me to entertain you, my lady..” Ucap Damien sambil menghulurkan Samsung Note 3nya kepada Delilah.

“Yeah, sure. Tapi dengan syarat, kau pun kena bagi nombor kau kat aku juga, kalau tak, gimana sih gue mau talipon kamu.” Delilah membalas sambil mengulurkan Iphone 5s barunya kepada Damien. Hmm, masing-masing tak nak kalah dengan gajet masing-masing.

“No hal, dei..” Tanpa membuang masa, Damien terus menaip 10 digit nombor yang sering dihafalnya ke dalam telefon bimbit Delilah.

“Dei?” Dahlia membeliakkan matanya apabila terdengar Damien memanggilnya dengan panggilan itu. “Apa dei-dei? Aku ni wanita sejati ok!” tambahnya lagi.

Damien yang tekun menekan skrin telefon bimbit Delilah terhenti perlakuannya. “Ooo, tahu marah eh. Kau panggil aku minachi boleh pulak ya? Ini sama sekali tidak adil!” Damien berkata dengan nada yang sengaja ditinggikannya.

“Ehehe, aku ada panggil kau minachi eh? Lupa pulok. Amaklumlah, saya ini udah tua pak..” Delilah tersengih-sengih menahan malu. ‘Tulah, asyik nak marah je kerjanya. Kan dah malu..’ marahnya pada dirinya sendiri di dalam hati.

“Hahaha, takpelah.. Aku bergurau saja tadi. Kau jangan pula ambil hati ya, Del. Hmm, ni tadi kata nak balik awal, nak solat Asar. Jarum panjang sudah menghampiri nombor 9 ni, cik Delilah Amalin oi.” Damien pantas mengingatkan gadis dihadapannya tentang solat Asar yang dikejar olehnya tadi.

“Ya Allah, macam mana lah aku boleh lupa ni. KAU LAH NI! Hahaha, aku usik je.” Delilah menepuk dahinya perlahan, bimbang telapak tangannya terkena cermin mata berbingkai empat segi yang dipakainya. Kang tak pasal-pasal nak kena lap lagi. “Hmm, aku minta diri dulu. Bye Dammy..” tambahnya lagi sebelum menutup pintu kereta kesayangannya itu dan menurunkan sedikit cermin di tempat pemandu.

“Bye Del, drive safely okay. Jangan nak drift pulak kat atas jalan raya tu.” Pesan Damien sebaik sahaja Delilah berjaya mengundurkan keretanya dari tempat parkingnya sebentar tadi.“Baik boss! See you next time.” Balas Delilah sambil melambaikan tangannya ke arah Damien dan berlalu pergi.

“Baik aku save nombor dia ni sekarang. Kang hilang, tak pasal-pasal melepas peluang lagi.” Ujar Damien sendirian sambil jarinya pantas menaip  ‘Doraemon <3 audi="" contact="" dalam="" delilah="" dirinya="" itu.="" ke="" kereta="" kesayangannya="" memboloskan="" milik="" number="" pada="" sebelum="" span="">



Powered By Blogger