badakpelangi's

7.5.14

The Perfect Guy (Bab 4)


                “Ya Allah! Macam mana aku boleh terlewat bangun ni?” Mengelupur Delilah bangun apabila matanya terlihatkan jarum pendek jam berwarna hijau yang tergantung di dinding biliknya sudah menunjukkan angka 9, tanpa membuang masa, dia terus berlari menuju ke bilik air yang terletak di sudut kanan biliknya namun malang tidak berbau, dia terpijak gumpalan baju miliknya yang terletak elok di atas lantai; mengakibatkannya jatuh tersembam ke atas lantai.
               
               “Adoi! Apalah malang sangat nasib aku pagi ni..” Delilah merungut sambil mengusap-ngusap batang hidungnya yang sudah kemerah-merahan akibat tersembam ke atas lantai. Perlahan-lahan dia bangkit dan menuju ke bilik air memandangkan dia sudah terlewat ke tempat kerja.
                
          *
                
                  Delilah memecut laju Land Rover Defender kesayangannya yang sudah 3 minggu keluar dari bengkel akibat dilanggar lelaki tak guna yang tidak mahu mengaku salah sebulan yang lalu dan tidak sampai 20 minit memandu, dia akhirnya selamat tiba di perkarangan wisma Rasyid  yang terletak kira-kira 24 kilometer dari rumahnya. Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari keretanya, telefon bimbitnya mula ‘menyanyikan’ lagu Human dendangan Christina Perri meminta Delilah menerima panggilan itu. ‘Huh, nombor siapa ni?’ Delilah ragu-ragu untuk menjawab panggilan itu namun belum sempat dia mengangkat panggilan itu, penelefon asing itu sudah mematikan panggilan. ‘Hmm, biarlah.. Mungkin dia tersalah call kot.’ Ucapnya sendirian. Kakinya terus dihalakan ke pintu masuk wisma setinggi 20 tingkat itu. “Hmm, matilah aku hari ni, tak pernah-pernah lambat sebelum ni, tiba-tiba hari ni pulak lambat masuk pejabat. Minta-minta bos takde hari ni. Aamiin.” Gumamnya sendirian.
                
                  Tanpa membuang masa, dia terus memboloskan dirinya ke dalam lif memandangkan pintu lif itu sudah terbuka tanpa sempat dia menekan butang lif yang terdapat di tepi lif itu. Delilah mengukirkan senyuman buat beberapa orang pekerja yang terdapat di dalam lif itu sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke dalam ruangan tersebut. Dia kemudiannya menekan butang bernombor 13 memandangkan pejabatnya terletak di tingkat itu.
         
                 “Selamat pagi, Cik Amalin! Awal giler cik datang hari ini?” Ucap Humairah, salah seorang arkitek di syarikat Rashid Architect Sdn. Bhd. yang juga merangkap kawan baiknya sejak dari sekolah menengah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke bilik yang dikhaskan untuknya. “Awal sangat ke? Aku ingat aku dah terlambat? Awal lagi rupanya.. Sejak bila Datuk Syamil tukar waktu pejabat ni?” Balas Delilah sambil melihat waktu di jam tangannya. Sengaja dia berbuat demikian untuk mengenakan kawan baiknya itu.
         
                “Hoi! Awat kau ni lurus sangat? Aku perli kau lah, cik Amalin oi.”Humairah membalas sambil mencekak pinggang rampingnya. “Haa, asal kau lambat masuk office hari ni? Eh, cakap pasal Datuk Syamil kan,  tadi dia ada tanya pasal kau. Puas dia cari kau tak jumpa-jumpa, katanya nak kenalkan kau dengan bakal bos baru kita. Encik.. Encik.. Apa eh nama bos baru tu?” Humairah mula mengaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Serius, dia lupa dengan nama lelaki yang baru sahaja memperkenalkan dirinya kepada semua orang di pejabat itu beberapa jam yang lalu.
            
              “Kau tanya aku, macamlah aku tahu, cik kak oi. ”Delilah menjegilkan matanya kepada Humairah, geram dengan sikap kawannya yang kuat pelupa itu. “Haa!! Nama bos baru kita tu, tak salah aku, Zharif. Haa, Encik Zharif. Aku tak ingat nama belakang dia apa.” Apabila terlihatkan jegilan mata Delilah, serta-merta dia teringat akan nama bos baru mereka itu. “Eh, apa kau cakap tadi? Bos baru? Maksud kau, Datuk Syamil dah jumpa pengganti untuk jawatan dia tu?” Tanya Delilah dengan muka terkejut.  “Yeap, tak salah aku dia cakap Encik Zharif tu anak saudara dia. Alah, lagipun Encik  Zharif tu kan anak pemilik wisma ni, Datuk Syahran Rasyid. Kau tahu tak, Encik Zharif tu handsome gila. Aku yang susah nak ‘cair’ ni pun, boleh ‘tercair’ jap tadi. Hihihi” Terang Humairah bersungguh-sungguh.
               
              “Ooo.. Ye ke? Tak tanya pun! Adoi! Sakitlah wei..” Jerit Delilah apabila tangan Humairah hinggap di bahunya. ‘Fuih, mau patah tulang bahu aku’ bisik Delilah di dalam hati. “Haa, tulah kau. Aku bersungguh-sungguh bercerita, kau buat layan tak layan je.  Ahh, kau tahu tak, mata dia tu sangat-sangat attractive kot. Jap, aku nak cair jap.” Humairah mula membuat muka terpesonanya sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya.
              
                “Hmm, kau nak cair, pergi masuk bilik kau. Aku ada banyak kerja nak buat ni. Ada drawing yang aku nak kena submit sebelum pukul 4 petang ni.” Balas Delilah sambil menghidupkan iMac yang terletak di atas meja kerjanya. Serentak dengan itu, dia mengeluarkan kertas draf berwarna biru yang dilipat kemas dalam beg kerjanya. ‘Maira ni, kalau dah jumpa lelaki handsome, mula lah nak ‘bercair-cair’. Susah nak ‘cair’ konon. Hak tuih! Hmm, yang kau ni pulak doklah cakap pasal orang, diri sendiri pun 2X5 je dengan Maira tu. Hahaha’ Gelak Delilah sendirian di dalam hati. Memang tidak dinafikan, dia dengan Humairah mempunyai banyak persamaan. Contohnya, apabila mereka keluar bersama-sama, sekiranya terjumpa dengan mana-mana lelaki yang mempunyai rupa paras rupa yang ‘kachak’ atau bahasa yang lebih sedap, handsome, pasti tidak berkelip mata mereka berdua memandang lelaki itu.Itulah hobi mereka berdua yang sudah sebati dengan diri mereka sejak dari zaman universiti. Hesh, zina mata betul!
            
               “Hesh, kau ni potong stim ah. Jom lah join sama ‘bercair-cairan’ dengan aku. Hahaha” Balas Humairah yang masih tidak habis-habis lagi menyakat Delilah.  “Hmm yelah, yelah.. Ok, kau cerita kat aku, muka dia macam mana? Badan dia? Tough tak? Ada muscles berketak-ketak tak?” Delilah yang pada mulanya mendengar sambil lewa mula menunjukkan belangnya.
             
              “Aip, tadi kata tak berminat.. Hahaha” Humairah memulangkan buah paku kerasnya kepada Delilah. “Hmm, ok ok.. Aku nak cerita ni, kau dengar betul-betul tau. Muka dia....” Humairah mula menjelaskan ciri-ciri ke’handsome’man lelaki yang bernama Zharif itu kepada Delilah. Lupa mereka akan kerja yang berlambak-lambak menanti mereka berdua.

*
             
              TOK!TOK! Delilah yang sedang leka membuat kerjanya berasa terganggu. ‘Siapa pulak yang kacau lagi ni. Dahlah aku nak kena submit drawing ni kejap lagi. Sempat ke? Maira lah ni, pergi cerita pasal bos baru tu buat apa.’ Getus Delilah di dalam hati. Geram dengan dirinya yang leka berborak dengan Humairah sampai berjam-jam lamanya. Habisnya, pada pukul 12:45 tengah hari baru dia tersedar bahawa ada banyak kerja yang menanti dirinya. Lupa dia akan keberadaan mereka di pejabat itu. Humairah yang leka bercerita pun terkejut apabila terpandangkan jam tangannya yang di beli di pasar malam. Kalut juga mereka dibuatnya diiring dengan perasaan bersalah kerana mencuri tulang semasa waktu bekerja.
              
               TOK!TOK! Ketukan di pintu kedengaran lagi tetapi kali ini ketukannya lebih kuat daripada yang sebelumnya. Barangkali si pengetuk sudah bosan menunggu di luar. “Ya, ya, masuk.” Delilah yang sedikit terkejut terus membenarkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya itu masuk.
            
              “Maaf, Cik Delilah. Saya dah ketuk banyak kali, tapi cik tak dengar, tu yang saya ketuk kuat sikit. Hehehe” Ucap Alissa, setiausahanya sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya masuk ke dalam ruangan pejabat milik Delilah.
               
             “Oh, takpe. Ada apa, Lis?” Balas Delilah pendek. Mana mungkin dia marah akan setiausahanya yang satu itu. Baginya, Alissa lah satu-satunya setiausaha yang boleh dikategorikan cekap dalam membuat kerja dan tugasan yang diberi jika dibandingkan dengan dua orang bekas setiausahanya yang lama. Sungguh, dia berasa amat bersyukur kerana dikurniakan setiausaha yang sebaik dan secekap Alissa.
             
             “Hmm Cik Delilah, Datuk Syamil nak jumpa dengan cik kat dalam pejabat beliau. Kalau boleh sekarang juga.” Alissa menyampaikan pesanan Datuk Syamil yang satu itu kepada Delilah. “Baiklah, thanks ya, Lis” Balas Delilah sambil tersenyum, menampakkan barisan giginya yang putih bersih dibalas pula dengan senyuman dan anggukan daripada Alissa sebelum dia menapak keluar dari bilik pegawai atasannya itu.
              
             Tanpa membuang masa, Delilah terus menuju ke bilik Datuk Syamil yang terletak berhadapan dengan bilik si Humairah. Setelah mendapat keizinan untuk masuk ke bilik bosnya itu, dia perlahan-lahan menapak masuk. Salam diberi sebelum bertanya akan tujuan bosnya itu memanggil dirinya.
               
            “Kot ye pun Delilah, duduklah dulu. Awak ni macam tak biasa lah pulak” Ucap Datuk Syamil mesra sebaik sahaja Delilah menghabiskan ayatnya dan setelah memastikan Delilah duduk di kerusi di hadapan mejanya itu, dia menceritakan tujuannya memanggil Delilah ke dalam biliknya.“Hmm Delilah, seperti yang awak dah sedia maklum, saya yang dah tua ni, akan pencen dalam beberapa bulan lagi dan saya rasa awak dah sedia maklum yang saya dah jumpa pengganti untuk tempat saya ni. Maira dah bagitahu awak kan?” Delilah mengangguk perlahan kepalanya sambil mendengar apa yang hendak di sampaikan oleh Datuk Syamil kepadanya.
           
          “Begini, tadi saya ada bawakan anak saudara saya, Zharif Zafuan yang bakal menggantikan tempat saya ke pejabat kita pagi tadi dan saya telah pun perkenalkan dia kepada rakan-rakan awak kat luar sana tu. Saya ingatkan nak kenalkan pekerja saya yang paling cekap ni dengan dia, tapi tepat pukul 9 tadi dia terpaksa meminta izin untuk pulang semula ke office papanya di Serdang.” Terang Datuk Syamil panjang lebar sambi memandang ke arah Delilah yang sudah dianggap seperti anaknya itu. Terdetik juga di hatinya untuk bermenantukan Delilah tapi sayangnya, dia tidak dikurniakan seorang pun anak lelaki. Ketiga-tiga anaknya semua perempuan.

‘Pukul 9? Hahaha, aku masih kat atas katil lah time tu.’ Gelak Delilah sendirian di dalam hati. “Takpe lah Datuk, mungkin bukan rezeki saya untuk berjumpa dengan Encik Zharif. Hmm Datuk, saya harap bila Datuk dah pencen nanti, kita masih boleh jumpa. Lagipun, dah lama lah jugak saya tak jumpa dengan Datin. Rindu pulak dengan lauk  lemak ketam masak cili padinya. Itu kalau makan, pergh boleh terkeluar biji mata saya ni nak tahan pedas dia tu. Hahaha” Ucap Delilah bagi menghilangkan rasa sedih yang bertandang di hatinya. Mana mungkin dia tidak sedih apabila lelaki tua yang dianggap seperti abahnya itu akan bersara tidak lama lagi.
                 
           “Amboi Delilah, ini kalau isteri saya dengar ni, mahu kembang atas bawah dibuatnya. Nanti kalau ada rezeki saya minta dia masakkan lauk tu, ok. Saya pun dah kecur liur dengar awak cakap pasal lauk lemak tu. Hahaha” Mereka berdua terus meletuskan tawanya namun sedaya upaya dikawal seperlahan yang boleh, bimbang pekerja di luar mendengar gelak tawa mereka.
                 
           “Hmm Datuk, kalau takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu. Maaflah, sebenarnya saya ada banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum pukul 4 ni. Takut tak sempat pula. Maaf ya Datuk.” Ucap Delilah setelah hampir setengah jam dia berada di dalam bilik bosnya itu.
                 
           “Haa, yelah. Saya pun ada meeting dengan client kita kejap lagi ni. Nanti kalau Datin ada masak lauk lemak kegemaran awak tu, InsyaAllah saya akan ajak awak datang ke rumah. Jangan pula awak tolak, kecil hati saya nanti.” Balas Datuk Syamil mesra. ‘Ini kalau si Yah tahu, mesti dia suka.’ Ucapnya di dalam hati.
                 
           “Baiklah Datuk. Terima kasih banyak-banyak ya.” Ucap Delilah sebelum menutup pintu bilik bos kesayangannya itu. ‘Zharif Zafuan? Hmm, macam pernah dengar tapi kat mana ye?’ tanya Delilah pada dirinya sendiri sambil kakinya berjalan pantas menuju ke biliknya.




Powered By Blogger