Matanya diliarkan ke sekelilingnya memandangkan jalan yang
dilaluinya itu mempunyai selekoh yang agak tajam di sebelah kirinya. “Ok, line
clear!” Baru sahaja Delilah ingin menekan pedal minyaknya, DUMM!, tiba-tiba dia
merasakan bahawa keretanya bergegar bagaikan dilanggar sesuatu dan serentak
dengan itu, dia mengalihkan pandangannya ke arah punca gegaran itu berlaku.
“Astaghfirullahal’azim!” Buntang matanya apabila terlihatkan
kejadian yang tidak diduganya berlaku dan tanpa membuang masa dia terus keluar
dari Land Rover Defender kesayangannya yang sudah kemek dihentam oleh sebuah
kereta Mercedes Benz CLA-class yang dipandu oleh sebuah lelaki yang tidak dikenalinya.
Dengan pantas, Delilah segera melangkah keluar dari keretanya dan berjalan ke
arah pemandu yang juga baru sahaja keluar dari keretanya. “Oh shit! Hei
perempuan, you ni pandai drive ke tak? Apa you tak nampak ke kereta I nak lalu
tadi? Dah pakai cermin mata pun masih buta ke?” Belum sempat Delilah membuka
mulutnya, pemandu yang melanggar keretanya tadi terus menghentam dirinya
bagaikan hanya Delilah yang bersalah dalam hal ini.
‘Eh, kau yang langgar aku, terus nak marah-marah? Lu silap
orang lah, brader.’ Getus Delilah di dalam hati. “Eh hello, saya atau encik
yang tak tahu drive? Saya dah pandang kiri kanan sebelum keluar dari simpang
itu ok dan saya dah pastikan bahawa tiada kereta yang akan lalu dari arah yang
encik lalu tadi. Kalau encik nak tahu, saya dah lebih 3 tahun habis tamat
tempoh pegang lesen P ok! Jadi encik tak ada hak nak salahkan saya.” Balas
Delilah panjang lebar dengan berani sambil menunjukkan lesen memandu miliknya.
Zafuan yang sedari tadi dok ralit membelek kesan kemek pada
keretanya segera memandang ke arah gadis yang baru dimarahinya sebentar tadi. “Wah
bukan kemain berani lagi kau ek? Kau tak kenal ke aku ni siapa? Ini Zharif
Zafuan anak Datuk Syahran Rasyid lah.” Zafuan yang rasa tercabar segera membuka
kaca mata hitamnya sambil memandang tepat ke dalam sepasang mata bundar milik
Delilah.‘Ya Allah, handsomenya mamat ni. Boleh cair aku dibuatnya.’ Bisik
Delilah di dalam hati apabila terpandangkan sepasang mata galak milik lelaki
dihadapannya itu.
‘Huh, aku dah agak dah. Mesti dia akan terpegun punya tengok
aku. Dah tu, sempat lagi mengelamun kat tengah-tengah panas terik ni. Dasar
perempuan betul, pantang tengok lelaki handsome macam aku ni mesti terus cair.
Haih, nasib.. nasib..’ Bisik Zafuan sambil mengangkat bakul, memuji
kekacakannya dan tanpa membuang masa dia terus memusingkan badannya dan
berjalan terus menuju ke keretanya.
“Eh, eh.. Encik, kita tak habis bincang lagi! Encik jangan
nak lari pula. Dah buat salah tu, mengaku jelah. Dasar pengecut!” Jerit Delilah
berani setelah menyedari bahawa lelaki yang melanggar keretanya itu sudah
melangkah masuk semula ke dalam keretanya. ‘Cis, boleh pulak kau terbuai dengan
mata dia!’ bisiknya di dalam hati.
“Sorrylah miss, I’m seriously not interested to discuss more
about this. Ini dah considered ok lah I tak minta you bayar ganti rugi sebab
dah kemekkan kereta mahal I ni! I really have to go by now, takde maknanya I
nak buang masa layan perempuan macam you ni, ok!” Balas Zafuan dengan angkuh sebelum
menaikkan cermin kereta di tempat memandu dan serentak dengan itu, dia terus
memecut laju, meninggalkan Delilah terkulat-kulat keseorangan di tengah panas
terik. ‘Huh, padan muka. Lain kali jangan cuba berdebat dengan aku.’ Sempat
lagi Zafuan menghadiahkan senyuman sinis buat Delilah melalui cermin pandang
belakangnya. Namun senyumannya mati tidak lama kemudian apabila teringatkan
bahagian hadapan keretanya yang sudah kemek. Kesal juga dengan sikapnya yang
suka memandu melebihi had laju.
Delilah menghembus kasar nafasnya. Ingin sahaja dia menangis
apabila terlihatkan kesan kemek pada bahagian hadapan keretanya ditambah pula
dengan sikap kurang matang yang ditunjukkan oleh lelaki yang melanggar keretanya tadi. “Kesian kau, kan boyfie?
Mesti sakit kena langgar..” Delilah berkata perlahan sambil mengusap-ngusap
bahagian hadapan keretanya yang sudah kemek .Perlahan-lahan , dia berjalan
menuju ke tempat memandu keretanya- berhasrat untuk memandu pulang ke rumah
memandangkan dia masih belum lagi menunaikan kewajipannya sebagai seorang
muslim. Dikesat air mata yang bergenang di tubir matanya sebelum menekan
perlahan pedal minyak keretanya itu.
