badakpelangi's

5.5.14

The Perfect Guy (Bab 1)



Sedari tadi Delilah berasa tidak selesa kerana merasakan dirinya sedang diperhatikan. Sudah lama dia perasan ada sepasang mata sedang asyik memerhatikannya. ‘Iyalah, tahulah aku ni cantik sangat. Tak payah lah pandang lama-lama macam nak terkam orang je gamaknya.’ Getus hati Delilah apabila terpandangkan seorang lelaki berbangsa cina yang berdiri di sebelahnya.

“Hi excuse me, miss. Is your name Delilah?” sedang Delilah leka membelek barangan di hadapannya, tiba-tiba kedengangaan suatu suara garau menyapa halwa telinga Delilah dan serentak dengan itu, barangan yang dipegangnya terlepas daripada tangan halus itu..

“Oh mak kau.” latahnya di hadapan lelaki cina itu.

“Ops, I'm Sorry. I didn’t mean to surprise you. I'm truly sorry..” Serentak dengan itu, lelaki cina itu tunduk untuk mengambil bungkusan barang yang telah dijatuhkan oleh Delilah secara tidak sengaja.“Nah, here you go. Hmm, you haven’t answered yet my question just now.” ucapnya seraya menghulurkan bungkusan itu kepada Delilah sambil tersenyum.

“Oh, eh, ha’ah, I'm Del but.. how did you know my name? Do I know you, mister? Have we ever met before this?” Delilah memandang lelaki cina itu atas bawah sebelum mula melancarkan das-das soalan secara bertubi-tubi kepada lelaki cina disebelahnya itu.

“Whoa whoa.. Slow down, Del. You really haven’t changed at all since we last met. Still the same 'polis pencen'.Hahaha..” Ucap lelaki itu sebelum memuntahkan tawanya. Delilah mula mencebik dan apabila terpandangkan orang disekeliling yang memandang ke arah mereka, dia mula berkira-kira untuk pergi dari situ. Tidak betah rasanya berdiri lama-lama dengan orang yang tidak dia kenali. ‘Tidak dikenali? Hmm entah, muka macam pernah tengok tapi.. Pelanduk dua serupa kot.’Bisik Delilah di dalam hati.

Tanpa membuang masa, Delilah terus melangkah pergi memandangkan lelaki itu masih tidak berhenti mentertawakannya. ‘kau ingat kau siapa boleh gelakkan aku sesuka hati kau?’  getus hati kecilnya. Namun belum jauh Delilah meninggalkan lelaki itu, tiba-tiba dia merasakan bahawa ada tangan yang memegang lengannya dan serentak itu, dia terus menoleh tajam ke arah gerangan yang tega mencabuli kesucian lengannya . Ah lelaki ini lagi!

“Eh kau ni nak apa hah?” Delilah terus melahakan api kemarahannya kepada gerangan asing yang tidak dikenalinya itu.Hilang terus sopan dan santunnya. Cukuplah dia  sudah bersabar dengan kerenah lelaki asing itu mentertawakan dirinya, kesabarannya juga punya had. Dan kini, lelaki itu tega memegang lengannya tanpa izin. Walaupun berlapik, namun Delilah dapat merasakan ada kehangatan yang menjalar dari tangan sasa itu serentak itu, dia terus menepis laju tangannya apabila lelaki itu bagaikan berkhayal sesuatu.

“Hey Mister Stranger, boleh tak kau lepaskan tangan aku ni?” Delilah mula meninggikan suara ke arah lelaki itu memandangkan tangannya  yang sasa itu masih setia memegang kejap lengan halus miliknya. ‘Mamat ni, kalau tak lepaskan juga tangan aku, memang aku pelangkung kepala dia ni’ Delilah mendongkol kegeraman.

“Ehehe maaflah, saya tak sengaja.” Seraya itu lelaki itu terus melepaskang lengan Delilah dari genggamannya. “ Anyways, takkan lah awak tidak kenal sama saya? We were classmates last 8 years.” Tambahnya lagi.

‘Last 8 years? Maksudnya, dia ni kawan sekelasku semasa Tingkatan 5?’ Delilah  berkata sendirian tanpa mempedulikan lelaki cina di hadapannya itu.“Okay, okay.. I bet you couldn’t recall who am I, right?” tungkas lelaki berbangsa cina ini lagi. “Hey, this is me lah, Del.. Damien..” sambungnya lagi.

            “Damien? You meant Damien Toh?” Delilah menyoal sambil mulutnya membuat bentuk ‘O’.
    
            “Yeah! I’m Damien Toh.” Balas lelaki itu sambil tersenyum manis.

            “Oh my.. Am I dreaming right now? You look different, man!” Delilah  meluahkan rasa keterujaannya di hadapan Damien tanpa segan silu.

            “Yeah, you can finally  remember me huh? Sampai hati kau lupakan aku eh.” Balas Damien sambil tersenyum manis menampakkan lesung pipit di pipi kanannya. ‘Ya, senyuman itu. Senyuman itu yang dapat mencairkan hati ramai gadis di sekolah kami 8 tahun yang lalu.’ Delilah berkata sendirian di dalam hati. Mana mungkin dia dapat melupakan lelaki berbangsa Tionghua di hadapannya ini. Lelaki inilah yang banyak membantu memulihkan semangatnya yang hilang ketika mereka masih bergelar pelajar sekolah. Hubungannya dengan Damien sangatlah akrab sehinggakan ada dikalangan rakan sekolah mereka terutamanya gadis-gadis yang sebangsa dengan Damien mencemburui hubungannya rapatnya dengan Damien. Ops, bukan setakat cemburu. Mencaci pun ada juga. Tak kurang juga ada yang mentertawakan mereka dengan memberi gelaran pasangan ‘Drum’. Mana tidaknya, dia berbadan besar seperti tong-tong drum manakala Damien pula berbadan kurus seperti drumstick yang digunakan untuk bermain drum. Hmm memang sepadan. LOL, sepadan ke..

            “Hahaha sorry lah bro, Aku bukan lupakan kau. Aku cuma tak cam muka kau lah. Kau dah banyak berubah, makin handsome dan tough aku tengok. Hihihi..” balas Delilah sambil memujinya dengan ikhlas.

           “Pandai lah kau ya, Mel. Kau pun apa kurangnya, banyak berubah. Makin cantik. Dan… kurus. Cuma perangai kau sahaja yang masih tak berubah. Kalau sekali tanya tu, berdas-das soalan kau bagi. ‘ Delilah mula tersipu malu apabila dipuji sebegitu. Delilah akui, semasa dia masih bergelar pelajar, Delilah boleh dikategorikan dalam golongan yang kurang menawan. Mukanya dulu macam permukaan bulan, berlubang sana-sini disebabkan oleh masalah jerawat yang dia alami dahulu. Badannya pulak, kalah agaknya tong sampah wana hitam yang makcik cleaner selalu guna tu. Aip, apa pulak tong sampah, tong drum lah. Oleh kerana itu, Delilah sering menjadi bahan ejekan budak-budak nakal yang berfikiran kolot terutamanya si Azlan and the gang. Hmmph, kenangan..

           “Ehehe mana ada, Aku tengok biasa saja. Kau buat apa kat sini,Dammy?” soalnya pada Damien bagi menghapuskan kenangan lama yang bermain di kotak fikirannya.

           “Lah Del, kau tak nampak ke? Kan aku tengah cuci toilet ni?” balas Damien sambil tersengih.

           “Kau nikan, malas lah aku nak layan kau. Bye!” Dengan pantas Delilah melangkah ke arah rak barangan yang menempatkan perkakas elekrtrik kerana ingin melihat model seterika memandangkan seterika yang sering digunakannya telah pun rosak. “Hahaha Del, Del.. Janganlah merajuk. Dah dah, jom aku belanja kau makan. Aku laparlah..” Balas Damien laju sambil berjalan pantas bagi mendapatkan Delilah yang sudah menghentikan langkahnya di hadapan rak yang meletakkan seterika elektrik.

           “Mana ada aku merajuk, bro. Tak ada maknyanya aku nak merajuk dengan kau. Kau tu bukannya pandai pujuk orang. Makin disakat orang tu adalah.” Delilah mencebik kegeraman dengan lelaki cina ini. Sungguh, tempoh perkenalan mereka sepanjang belajar di sekolah menengah yang sama membuatkan dia mengenali serba sedikit mengenai perangai lelaki disebelahnya itu.

           “Tak merajuk konon. Hei, macamlah aku tak kenal dengan kau, Del. Kena sindir sikit, buat muka pastu merajuk. Haih, bila lah kau nak matang ni Del oi.” Damien mula tersengih-sengih sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya yang terakhir. ‘Matang? Aku atau makcik ni yang masih tak matang sebenarnya.. Hmm, entahlah..’ bisik hati kecil Damien.


           Mereka berdua beriringan ke kaunter pembayaran untuk membuat bayaran sambil menolak troli masing-masing.“Semuanya RM287.90, kak.” Beritahu pekerja di kaunter pembayaran dan serentak itu, Delilah menghulurkan beberapa helai not berwarna ungu namun belum sempat dia meletakkan wang tersebut ke atas tangan pekerja itu, Damien dengan pantas memintas tangannya sambil meletakkan beberapa helai not berwarna ungu ke atas tangan pekerja itu.

          “Dammy.. kenapa?” Delilah memandang ke arahnya dengan muka peliknya.“Hahaha, aku saja nak belanja kau lah” Damien tersengih sambil memandang ke arah Delilah.

         “Tapi kau tak perlulah buat ma..” belum sempat Delilah menghabiskan ayatnya, Damien dengan pantas memintas.“Relaks lah Del, sekali-sekala apa salahnya. Nanti masa makan, kau belanja lah aku pulak.”

         “Hmm, yelah Damien oi.” Delilah memandang lesu ke arahnya dan seperti biasa, Damien tetap dengan sengihan tidak bersalahnya.

         “Dah jom. Aku ingat nak makan kat medan selera jelah.” Ujar Damien setelah dia selesai membuat bayaran ke atas barangan yang dibelinya.

         “Eh eh, mana boleh macam tu. Kali ini aku yang belanja, jadi kau kena ikut cakap aku, okay? Sekali-sekala belanja kawan lama apa salahnya kan?” Delilah mengenyitkan mata kirinya dan jelas sekali Damien terkejut dengan aksi selambanya.  “Ops, sebelum tu, aku nak letak barang-barang ini kat dalam kereta dulu. Kau tunggu lah kat mana-mana restoran, nanti bila aku dah habis letak barang kat dalam kereta, aku call kau ok?” Memang sudah menjadi kebiasaan buat Delilah untuk meletakkan barang-barang yang dibelinya ke dalam kereta jika dia berhajat untuk singgah ke mana-mana kedai selepas habis berbelanja.

         “Oh, kalau macam tu, aku pun nak letak barang aku kat dalam kereta jugaklah. Lagipun, nanti kau lari pulak, tak nak belanja aku. Hehehe.” Damien masih lagi tidak henti-henti mengusik gadis di sebelahnya itu.

          ‘Suka hati kau..’ Delilah membalas ayat Damien hanya dengan mengangkat kedua-dua belah bahunya. Malas rasanya untuk membalas usikan tiada insurans si Damien ni.

*
          “Kau letak kereta kau kat mana, Del?” Damien menyoal memandangkan mereka masih berjalan beriringan ke kawasan meletak kereta yang terdapat di bahagian basement shopping complex itu.

          “Tak salah aku, kat tiang yang ada label Z1. Haa, tu pun.” Balas Delilah sambil menunding jari telunjuknya ke arah kereta Land Rover Defender Station Wagon kesayangannya yang diparkir bersebelahan dengan Audi R8 coupé berwarna biru keluaran tahun 2012.

           “Oh my God, Del.. Itu kau punya kereta? Biar betul? Gila ah! “ Damien terlopong apabila terlihatkan kereta yang dipandu oleh Delilah, gadis manis disebelahnya itu. Delilah tersenyum bangga. Memang setiap kali dia memperkenalkan kereta kesayangannya kepada kawan-kawannya, kebanyakan daripada mereka pasti akan terkejut dan terlopong seperti apa yang Damien lakukan tanpa sedar. Apa yang pelik dan mengujakan mereka pun, dia sendiri tidak pasti.

          “Yes.. That’s my beloved boyfriend.” Delilah membalas sambil memandang ke arah Damien.

          “Boyfriend? HAHAHAHAHA..” Damien ketawa lagi.

          “Apasal kau gelak hah? Apa yang kelakarnya?” Delilah mula panas hati apabila terlihatkan Damien yang masih tidak berhenti ketawa.

          “Sorry, sorry.. Aku tak bermaksud pun nak buat kau marah. Haish Del, kau ni baran lah. Takut orang. Kang dengan boyfriend kereta kau ni pun lari kot.” Damien mengesat air mata yang keluar dari tubir matanya akibat gelak tanpa henti. ‘Kereta pun boleh jadi boyfriend eh? Haih Del, Del.. Kau ni pelik lah..’ ingin saja dia utarakan ayat itu kepada Delilah namun dia risau gadis itu akan berkecil hati sekiranya dia berkata begitu.

          “Hmm, takpelah.. Takkan aku nak marah kalau benda kecil macam ni. Kau pulak parking kereta kat mana? “ Delilah mula mengundurkan suaranya. Memang betul apa yang Damien cakap, dia seorang yang panas baran. Itulah diri Delilah Amalin yang baru. Kalau dulu, semasa di sekolah menengah, dia sering menangis dan dianggap lemah, oleh itu ramai yang selalu memijak kepalanya. Namun semuanya berubah apabila dia mula memasuki alam dan fasa yang baru iaitu ketika dia bergelar seorang pelajar universiti. Dia mulai belajar untuk jadi kuat, berkat dorongan roommatesnya, dia berjaya menjadi seorang yang baharu. Dia harus kuat untuk meneruskan kehidupan ini.

           “Hesh kau ni, sempat lagi mengelamun eh!” Ujar Damien sambil mengawang-awangkan tangannya dihadapan Delilah.

           “Hah? Mana ada mengelamun. Cuma terkenang-kenang saja. Kau pulak letak kereta kat mana wei?” Soal Delilah pelik memandangkan lelaki itu masih setia berdiri di sebelahnya. “Hmm, aku park kereta aku kat sebelah kereta kau tu lah.”Balas Damien perlahan- risau sekiranya Delilah berpendapat bahawa dia ingin menunjuk-nunjuk.

          “Ma.. Ma..Maksud kau, kereta Audi ni kau yang punya? Fuiyoo, kau kerja apa beb sampai dapat beli kereta mahal cenggini.” Balas Delilah yang sememangnya terkejut plus kagum plus teruja plus semua lah. ‘ Hebat juga Damien ni eh, baru 25 tahun dah ada kereta Audi yang harganya mencecah jutaan ringgit Malaysia. Damien ni, aku tak boleh nak puji lebih-lebih, karang kembang bontot dia pulak.’ Bisiknya di dalam hati.

         “Lah, tak payah buat muka terkejut sangatlah. Aku kerja biasa-biasa je dengan papa aku.” Damien membalas sambil memasukkan barang dapur yang dibelinya sebentar tadi ke dalam boot kereta. Menyedari Delilah yang masih pegun bak patung cendana disebelahnya, dia pantas berdiri tegak sambil memasukkan tangannya ke dalam seluar sukannya. “Hoi kakcik oi, sampai bila nak berdiri macam tu je. Aku dah lapar ni..” Ucapnya sambil mengusap-ngusap manja perutnya. Ops, bukan perut tapi six pack yang dibinanya sejak zaman universiti lagi. 
Powered By Blogger