badakpelangi's

5.5.14

The Perfect Guy (Prolog)



Hatinya sakit. Perasaannya bagaikan dicarik-carik. Memikirkan tentang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung pada Sabtu depan membuatkan dia rasa seperti dicekik. ‘Sabtu depan? Maknanya ada lebih kurang lima hari sahaja lagi. Argh! Kenapa kau buat aku macam ni? Aku benci kau! Aku benci kau!’ bentaknya sendirian di dalam hati. Marah. Kesal. Kecewa. Semua perasaannya kini bercampur baur.

“Kau dengar sini eh, betina! Mulai detik ni kita putus! Aku bukan lagi tunang kau and vice versa. Dan aku harap ini kali terakhir aku akan jumpa dengan kau.” Bagaikan satu rakaman, ayat yang sama asyik berulang kali kedengaran di halwa telinganya. “ARGH!!!”jerit Delilah sekuat hati, melepaskan rasa geram yang bertandang di hati, serentak dengan itu, dia membaling segala benda yang terletak elok berdekatan dengannya.

Matanya bagaikan setia memainkan segala rakaman yang berlaku di antara dia dan tunangnya sebentar tadi. Sudah puas dia mencuba untuk menghilangkan bayangan yang berlaku. Dia sendiri tidak menyangka bahawa lelaki sebaik tunangnya tega melakukan perkara terkutuk sebegitu. “Betina, huh? Habis tu, kau pulak apa? Jantan?” Delilah berkata sendirian. “Ah, stop it,Delilah. He doesn’t deserve to be in your mind. Buat apa kau nak fikirkan pasal dia lagi?” bicaranya seorang diri lantas dia segera memejamkan matanya, berharap ianya hanyalah sekadar mimpi ngeri. Namun, tidak berapa lama kemudian, adegan menjijikkan yang dilihatnya sebentar tadi kembali bermain di mindanya lantas dia segera membuka matanya.

Pandangannya kini dibuang ke tengah tasik di hadapannya itu. Kalau diikutkan hati kecewanya, ingin sahaja dia melompat masuk ke dalam tasik itu. Ingin sekali dia menenggelamkan dirinya di dalam air yang berwarna hijau tua itu. Namun fikirannya masih waras. Dia masih punya iman yang kuat. Bisikan syaitan tidak mampu untuk menggerakkan hatinya yang sedang diruntun hiba. Serentak dengan itu, mindanya teringat akan salah satu sabda baginda Rasulullah S.A.W tentang keburukan membunuh diri.

[ “Siapa yang bersumpah menurut cara suatu agama selain Islam, baik sumpahnya itu dusta atau sengaja, maka orang itu akan mengalami sumpahnya sendiri. Siapa yang bunuh diri dengan suatu cara, Allah akan menyiksanya di neraka jahanam dengan cara itu pula.”
             Dari Tsabit bin Dhahhak r.a]
“Hmmh, apa aku nak buat ni. How am I going to tell Abah about this?” Delilah menghembuskan nafasnya dengan kasar. Fikirannya buntu. Sedang dia leka melayan perasaan, tiba-tiba lagu ‘Human’ nyanyian Christina Perri yang disetkan sebagai ringtone handphonenya berbunyi menandakan bahawa ada seseorang sedang menunggu panggilannya dijawab oleh Delilah. “Dia?”Delilah terkejut saat terlihatkan nama pemanggil yang terpapar pada skrin handphonenya dan perlahan-lahan dia menekan butang berwarna hijau menandakan bahawa dia menerima panggilan tersebut.

“Hello..” Suaranya yang agak serak akibat menangis sebentar tadi dikawal dengan sebaik yang boleh, bimbang si pemanggil dapat mengesan kelainan pada suaranya. ‘Kenapa mesti kau yang datang bila aku perlukan seseorang?’ Fikir Delilah sendirian.
Powered By Blogger