“Ya
Allah! Macam mana aku boleh terlewat bangun ni?” Mengelupur Delilah bangun
apabila matanya terlihatkan jarum pendek jam berwarna hijau yang tergantung di
dinding biliknya sudah menunjukkan angka 9, tanpa membuang masa, dia terus
berlari menuju ke bilik air yang terletak di sudut kanan biliknya namun malang
tidak berbau, dia terpijak gumpalan baju miliknya yang terletak elok di atas
lantai; mengakibatkannya jatuh tersembam ke atas lantai.
“Adoi! Apalah malang sangat
nasib aku pagi ni..” Delilah merungut sambil mengusap-ngusap batang hidungnya
yang sudah kemerah-merahan akibat tersembam ke atas lantai. Perlahan-lahan dia
bangkit dan menuju ke bilik air memandangkan dia sudah terlewat ke tempat
kerja.
*
Delilah memecut laju Land Rover
Defender kesayangannya yang sudah 3 minggu keluar dari bengkel akibat dilanggar
lelaki tak guna yang tidak mahu mengaku salah sebulan yang lalu dan tidak
sampai 20 minit memandu, dia akhirnya selamat tiba di perkarangan wisma Rasyid yang terletak kira-kira 24 kilometer dari rumahnya.
Baru sahaja dia ingin melangkah keluar dari keretanya, telefon bimbitnya mula
‘menyanyikan’ lagu Human dendangan Christina Perri meminta Delilah menerima
panggilan itu. ‘Huh, nombor siapa ni?’ Delilah ragu-ragu untuk menjawab
panggilan itu namun belum sempat dia mengangkat panggilan itu, penelefon asing
itu sudah mematikan panggilan. ‘Hmm, biarlah.. Mungkin dia tersalah call kot.’
Ucapnya sendirian. Kakinya terus dihalakan ke pintu masuk wisma setinggi 20
tingkat itu. “Hmm, matilah aku hari ni, tak pernah-pernah lambat sebelum ni,
tiba-tiba hari ni pulak lambat masuk pejabat. Minta-minta bos takde hari ni.
Aamiin.” Gumamnya sendirian.
Tanpa membuang masa, dia terus
memboloskan dirinya ke dalam lif memandangkan pintu lif itu sudah terbuka tanpa
sempat dia menekan butang lif yang terdapat di tepi lif itu. Delilah
mengukirkan senyuman buat beberapa orang pekerja yang terdapat di dalam lif itu
sebaik sahaja kakinya menapak masuk ke dalam ruangan tersebut. Dia kemudiannya
menekan butang bernombor 13 memandangkan pejabatnya terletak di tingkat itu.
“Selamat pagi, Cik Amalin! Awal giler cik datang hari ini?” Ucap Humairah,
salah seorang arkitek di syarikat Rashid Architect Sdn. Bhd. yang juga
merangkap kawan baiknya sejak dari
sekolah menengah sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke bilik yang dikhaskan
untuknya. “Awal sangat ke? Aku ingat aku dah terlambat? Awal lagi rupanya..
Sejak bila Datuk Syamil tukar waktu pejabat ni?” Balas Delilah sambil melihat
waktu di jam tangannya. Sengaja dia berbuat demikian untuk mengenakan kawan
baiknya itu.
“Hoi! Awat kau ni lurus sangat?
Aku perli kau lah, cik Amalin oi.”Humairah membalas sambil mencekak pinggang
rampingnya. “Haa, asal kau lambat masuk office hari ni? Eh, cakap pasal Datuk
Syamil kan, tadi dia ada tanya pasal
kau. Puas dia cari kau tak jumpa-jumpa, katanya nak kenalkan kau dengan bakal bos
baru kita. Encik.. Encik.. Apa eh nama bos baru tu?” Humairah mula mengaru-garu
kepalanya yang tidak gatal. Serius, dia lupa dengan nama lelaki yang baru
sahaja memperkenalkan dirinya kepada semua orang di pejabat itu beberapa jam
yang lalu.
“Kau tanya aku, macamlah aku
tahu, cik kak oi. ”Delilah menjegilkan matanya kepada Humairah, geram dengan
sikap kawannya yang kuat pelupa itu. “Haa!! Nama bos baru kita tu, tak salah
aku, Zharif. Haa, Encik Zharif. Aku tak ingat nama belakang dia apa.” Apabila
terlihatkan jegilan mata Delilah, serta-merta dia teringat akan nama bos baru
mereka itu. “Eh, apa kau cakap tadi? Bos baru? Maksud kau, Datuk Syamil dah
jumpa pengganti untuk jawatan dia tu?” Tanya Delilah dengan muka terkejut. “Yeap, tak salah aku dia cakap Encik Zharif tu
anak saudara dia. Alah, lagipun Encik
Zharif tu kan anak pemilik wisma ni, Datuk Syahran Rasyid. Kau tahu tak,
Encik Zharif tu handsome gila. Aku yang susah nak ‘cair’ ni pun, boleh ‘tercair’
jap tadi. Hihihi” Terang Humairah bersungguh-sungguh.
“Ooo.. Ye ke? Tak tanya pun! Adoi! Sakitlah wei..” Jerit Delilah apabila tangan Humairah hinggap di bahunya. ‘Fuih, mau patah tulang bahu aku’ bisik Delilah di dalam hati. “Haa, tulah kau. Aku bersungguh-sungguh bercerita, kau buat layan tak layan je. Ahh, kau tahu tak, mata dia tu sangat-sangat attractive kot. Jap, aku nak cair jap.” Humairah mula membuat muka terpesonanya sebaik sahaja dia menghabiskan ayatnya.
“Hmm, kau nak cair, pergi masuk
bilik kau. Aku ada banyak kerja nak buat ni. Ada drawing yang aku nak kena
submit sebelum pukul 4 petang ni.” Balas Delilah sambil menghidupkan iMac yang
terletak di atas meja kerjanya. Serentak dengan itu, dia mengeluarkan kertas draf
berwarna biru yang dilipat kemas dalam beg kerjanya. ‘Maira ni, kalau dah jumpa
lelaki handsome, mula lah nak ‘bercair-cair’. Susah nak ‘cair’ konon. Hak tuih!
Hmm, yang kau ni pulak doklah cakap pasal orang, diri sendiri pun 2X5 je dengan
Maira tu. Hahaha’ Gelak Delilah sendirian di dalam hati. Memang tidak
dinafikan, dia dengan Humairah mempunyai banyak persamaan. Contohnya, apabila
mereka keluar bersama-sama, sekiranya terjumpa dengan mana-mana lelaki yang
mempunyai rupa paras rupa yang ‘kachak’ atau bahasa yang lebih sedap, handsome,
pasti tidak berkelip mata mereka berdua memandang lelaki itu.Itulah hobi mereka
berdua yang sudah sebati dengan diri mereka sejak dari zaman universiti. Hesh,
zina mata betul!
“Hesh, kau ni potong stim ah.
Jom lah join sama ‘bercair-cairan’ dengan aku. Hahaha” Balas Humairah yang
masih tidak habis-habis lagi menyakat Delilah. “Hmm yelah, yelah.. Ok, kau cerita kat aku,
muka dia macam mana? Badan dia? Tough tak? Ada muscles berketak-ketak tak?”
Delilah yang pada mulanya mendengar sambil lewa mula menunjukkan belangnya.
“Aip, tadi kata tak berminat..
Hahaha” Humairah memulangkan buah paku kerasnya kepada Delilah. “Hmm, ok ok..
Aku nak cerita ni, kau dengar betul-betul tau. Muka dia....” Humairah mula
menjelaskan ciri-ciri ke’handsome’man lelaki yang bernama Zharif itu kepada
Delilah. Lupa mereka akan kerja yang berlambak-lambak menanti mereka berdua.
*
TOK!TOK! Delilah yang sedang
leka membuat kerjanya berasa terganggu. ‘Siapa pulak yang kacau lagi ni. Dahlah
aku nak kena submit drawing ni kejap lagi. Sempat ke? Maira lah ni, pergi
cerita pasal bos baru tu buat apa.’ Getus Delilah di dalam hati. Geram dengan
dirinya yang leka berborak dengan Humairah sampai berjam-jam lamanya. Habisnya,
pada pukul 12:45 tengah hari baru dia tersedar bahawa ada banyak kerja yang
menanti dirinya. Lupa dia akan keberadaan mereka di pejabat itu. Humairah yang
leka bercerita pun terkejut apabila terpandangkan jam tangannya yang di beli di
pasar malam. Kalut juga mereka dibuatnya diiring dengan perasaan bersalah
kerana mencuri tulang semasa waktu bekerja.
TOK!TOK! Ketukan di pintu
kedengaran lagi tetapi kali ini ketukannya lebih kuat daripada yang sebelumnya.
Barangkali si pengetuk sudah bosan menunggu di luar. “Ya, ya, masuk.” Delilah
yang sedikit terkejut terus membenarkan gerangan yang mengetuk pintu biliknya
itu masuk.
“Maaf, Cik Delilah. Saya dah
ketuk banyak kali, tapi cik tak dengar, tu yang saya ketuk kuat sikit. Hehehe”
Ucap Alissa, setiausahanya sebaik sahaja dia melangkahkan kakinya masuk ke
dalam ruangan pejabat milik Delilah.
“Oh, takpe. Ada apa, Lis?” Balas
Delilah pendek. Mana mungkin dia marah akan setiausahanya yang satu itu.
Baginya, Alissa lah satu-satunya setiausaha yang boleh dikategorikan cekap
dalam membuat kerja dan tugasan yang diberi jika dibandingkan dengan dua orang
bekas setiausahanya yang lama. Sungguh, dia berasa amat bersyukur kerana
dikurniakan setiausaha yang sebaik dan secekap Alissa.
“Hmm Cik Delilah, Datuk Syamil
nak jumpa dengan cik kat dalam pejabat beliau. Kalau boleh sekarang juga.”
Alissa menyampaikan pesanan Datuk Syamil yang satu itu kepada Delilah.
“Baiklah, thanks ya, Lis” Balas Delilah sambil tersenyum, menampakkan barisan
giginya yang putih bersih dibalas pula dengan senyuman dan anggukan daripada
Alissa sebelum dia menapak keluar dari bilik pegawai atasannya itu.
Tanpa membuang masa, Delilah
terus menuju ke bilik Datuk Syamil yang terletak berhadapan dengan bilik si Humairah. Setelah mendapat keizinan untuk masuk ke bilik bosnya itu, dia
perlahan-lahan menapak masuk. Salam diberi sebelum bertanya akan tujuan bosnya
itu memanggil dirinya.
“Kot ye pun Delilah, duduklah
dulu. Awak ni macam tak biasa lah pulak” Ucap Datuk Syamil mesra sebaik sahaja
Delilah menghabiskan ayatnya dan setelah memastikan Delilah duduk di kerusi di
hadapan mejanya itu, dia menceritakan tujuannya memanggil Delilah ke dalam
biliknya.“Hmm Delilah, seperti yang awak dah sedia maklum, saya yang dah tua
ni, akan pencen dalam beberapa bulan lagi dan saya rasa awak dah sedia maklum
yang saya dah jumpa pengganti untuk tempat saya ni. Maira dah bagitahu awak
kan?” Delilah mengangguk perlahan kepalanya sambil mendengar apa yang hendak di
sampaikan oleh Datuk Syamil kepadanya.
“Begini, tadi saya ada bawakan
anak saudara saya, Zharif Zafuan yang bakal menggantikan tempat saya ke pejabat
kita pagi tadi dan saya telah pun perkenalkan dia kepada rakan-rakan awak kat
luar sana tu. Saya ingatkan nak kenalkan pekerja saya yang paling cekap ni
dengan dia, tapi tepat pukul 9 tadi dia terpaksa meminta izin untuk pulang
semula ke office papanya di Serdang.” Terang Datuk Syamil panjang lebar sambi
memandang ke arah Delilah yang sudah dianggap seperti anaknya itu. Terdetik
juga di hatinya untuk bermenantukan Delilah tapi sayangnya, dia tidak
dikurniakan seorang pun anak lelaki. Ketiga-tiga anaknya semua perempuan.
‘Pukul 9? Hahaha, aku masih kat atas katil lah time tu.’
Gelak Delilah sendirian di dalam hati. “Takpe lah Datuk, mungkin bukan rezeki
saya untuk berjumpa dengan Encik Zharif. Hmm Datuk, saya harap bila Datuk dah
pencen nanti, kita masih boleh jumpa. Lagipun, dah lama lah jugak saya tak
jumpa dengan Datin. Rindu pulak dengan lauk lemak ketam masak cili padinya. Itu kalau
makan, pergh boleh terkeluar biji mata saya ni nak tahan pedas dia tu. Hahaha”
Ucap Delilah bagi menghilangkan rasa sedih yang bertandang di hatinya. Mana
mungkin dia tidak sedih apabila lelaki tua yang dianggap seperti abahnya itu
akan bersara tidak lama lagi.
“Amboi Delilah, ini kalau isteri
saya dengar ni, mahu kembang atas bawah dibuatnya. Nanti kalau ada rezeki saya
minta dia masakkan lauk tu, ok. Saya pun dah kecur liur dengar awak cakap pasal
lauk lemak tu. Hahaha” Mereka berdua terus meletuskan tawanya namun sedaya
upaya dikawal seperlahan yang boleh, bimbang pekerja di luar mendengar gelak
tawa mereka.
“Hmm Datuk, kalau takde apa-apa
lagi, saya minta diri dulu. Maaflah, sebenarnya saya ada banyak kerja yang
perlu disiapkan sebelum pukul 4 ni. Takut tak sempat pula. Maaf ya Datuk.” Ucap
Delilah setelah hampir setengah jam dia berada di dalam bilik bosnya itu.
“Haa, yelah. Saya pun ada
meeting dengan client kita kejap lagi ni. Nanti kalau Datin ada masak lauk
lemak kegemaran awak tu, InsyaAllah saya akan ajak awak datang ke rumah. Jangan
pula awak tolak, kecil hati saya nanti.” Balas Datuk Syamil mesra. ‘Ini kalau
si Yah tahu, mesti dia suka.’ Ucapnya di dalam hati.
“Baiklah Datuk. Terima kasih
banyak-banyak ya.” Ucap Delilah sebelum menutup pintu bilik bos kesayangannya
itu. ‘Zharif Zafuan? Hmm, macam pernah dengar tapi kat mana ye?’ tanya Delilah
pada dirinya sendiri sambil kakinya berjalan pantas menuju ke biliknya.
